Thursday 4 September 2008

Malam Lailatul Qadar


Malam Lailatul Qadar itu jatuh pada hari ke berapa?



Di dalam Al-Qur’an tidak diterangkan pada malam ke berapa malam Lailatul Qadar itu jatuh, tetapi di dalam hadits diterangkan bahawa sesungguhnya Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam beri’tikaf pada 10 hari awal di bulan Ramadhan menginginkan malam Lailatul Qadar, kemudian beliau beri’tikaf pada 10 hari pertengahannya dan mengatakan (yang artinya): “Sesungguhnya malam Lailatul Qadar itu jatuh pada 10 hari akhir di bulan Ramadhan”. Beliau melihatnya dan beliau sujud di waktu subuh di tempat yang berair bercampur tanah, kemudian pada malam ke-21 di saat beliau i’tikaf, turunlah hujan maka mengalirlah air hujan tersebut pada atap masjid kerana masjid Nabi shallallahu alaihi wa sallam terbuat dari anjang-anjang. Beliau menjalankan solat subuh bersama para sahabatnya kemudian beliau sujud. Anas bin Malik berkata: ‘Aku melihat bekas air dan tanah dikeningnya, maka beliau sujud ditempat yang berair bercampur tanah.” (HR. Bukhari no.669 dan 2016, Muslim no.1167, dan 216 dari sahabat Abu Sa’id Al-Khudri).
Hadits di atas menunjukkan bahawa malam Lailatul-Qadar pada saat itu jatuh pada malam yang ke-21. Sedangkan para sahabat Rasulullah melihat dalam mimpi mereka bahwa malam Lailatul-Qadar jatuh pada malam ke 27. (HR. Bukhari no.2015, Muslim no.1165 dari sahabat Abdullah bin ‘Umar ).
Yang shahih dari perbezaan para ulama tentang jatuhnya malam Lailatul-Qodar pada 10 hari terakhir adalah berpindah-pindah pada setiap tahunnya, terkadang pada tahun ini jatuh pada malam yang ke 21, kemudian pada tahun berikutnya jatuh pada malam yang ke 29, 25 atau 24. Adapun hikmah berpindah-pindahnya malam Lailatul-Qodar supaya orang-orang yang malas menjalankan ibadah, mereka bersemangat untuk menjalankan ibadah pada 10 hari terakhir di bulan Ramadhan. Hikmah yang lainnya juga iaitu agar menambah amal soleh seseorang untuk mendekatkan diri kepada Allah. (Syaikh Utsaimin)
** Sekadar renungan untuk semua muslimin dan muslimat yang membaca blog saya ini. Terima kasih :)

0 Comments:

Counting Days....

Chinese Daily Horoscope

Chinese Photo Dictionary & E-card

My Playlist


blogger templates | Make Money Online